Friday 29 December 2017

VISION BOARD 2018


Assalamualaikum beauties😍

Macam mana harini, kerja okay tak? Ke semua dah pergi bercuti ni?

Apa-pa pun, eezza doakan semoga kawan yang membaca entry ni dilindungi Allah sentiasa

Pejam celik pejam celik tinggal lagi 2 hari(tak termasuk harini tau) nak masuk tahun 2018. Macam sekejab je kan

Takpe biarkan 2017 itu berlalu, jom MOVE ON to 2018

Apa kata masih berbaki lagi before masuk 2018 ni, jom buat vision board nak?

Vision board ni tujuan nya supaya kita ada target yang dicapai pada tahun 2018. Untuk orang bisnes memang tahap WAJIB  dah buat tau





Okay masa nak buat vision board ni, better buat bersama suami. Selami bincang apa impian untuk tahun 2018

Pastikan  masa nak buat tu korang dan pasangan dalam keadaan tenang, relax dan fikir benda happy happy je😊

Okay, vision board macam impian kita. Jadi bila impian ni lagi elok buat macam board. Guna softboard ke guna kad manila ke, gunting kotak ke 

Asalkan boleh tampal kat dinding. Buat besar-besar lagi bagus. Lepas tu tampal kat bilik atau kat mana-mana yang selalu korang nampak hari-hari

Supaya hari-hari korang dapat visualize, dapat bayang apa impian 2018 korang tu

Pastikan impian korang tu,impian yang nak dicapai pada masa terdekat tau. Bukan impian yang nak capai tahun 2020 tapi memang impian nak capai 2018

Jadi impian tu kena realistik!

Macam mana?
Senang je, tips dia korang kena imbas balik apa yang korang berjaya capai 2017 dan apa yang nak diimprove lagi supaya makin berjaya

Haa lepas tu masukkan dalam impian list korang tahun 2018

Tak dapat bayang jugak? Hmm okay contoh eezza bagi


Contoh goals:
1. Bawa family pergi umrah by december 2018
2. Nak saving monthly RM300 never miss
3. Nak hadiahkan mak ayah kereta by november
4. Sponsored family day by me in december
5. 
6.
7.

Korang tulis je dulu dalam 10-15 impian. Lagi bagus tulis di buku planner ke, buku diary ke supaya mudah nak tengok balik nanti

Lepas dah tulis, baru visualize dalam bentuk gambar dan tampal pada board ata kad manila

Contoh vision board yang dah siap👇



Dapat dah gambaran visian board ni?😁

Vision board ni buat sepenuh hati tau, jangan buat asal boleh je. Bila kita buat dengan tenang, dengan niat yang betul, tambah dengan excited nya

InsyaAllah impian korang tu akan tercapai dan Allah senang makbulkan

Buat solat hajat, baca doa nanti boleh ikut steps yang eezza share 

Tapii paling penting kan, masa buat vision board tu, fikiran korang memang kena ada aura positif, kalau rasa serabut ke ape ke

Relax kan diri dulu, tak pun pergi bau lavender essential oil dalam face oil tu dulu.hihihi😜

Okay semoga berjaya listkan impian korang 2018, dan eezza doakan agar semua impian eezza dan anda semua yang membaca ni dimakbulkan oleh Allah

Tapi ingat vision board ni 1st step untuk kita berjaya. Bukan tatap ahti-hari tetibe je berjaya tau

Jadi jangan biarkan vision board tu hanya menjadi 'mimpi' tapi jadikan ia realiti dengan tindakan, daya, penggerak🔥

Yang tu nanti eezza cerita entry lain okay

'Vision is merely a dream without action' ~ Joel Barker


=============================

STEP UNTUK BUAT VISION BOARD

=============================
Credit to: Nursyahirah Ibrahim ( Founder surilavender)

1. Seeloknya buat solat sunat, solat hajat. Doa pada Allah supaya pimpin hati kita, bagi tahu Allah apa yang kita nak

2. Mulakan dengan bismillah, buat relaxation, tenang kan hati.
Cakap betul betul pada diri
'Apa tujuan hidup?'
'Apa yang nak dicapai?'
'Siapa yang korang nak bahagiakan?'

3. Tulis dulu paling kurang  10 impian anda

4. Cari gambar berkaitan, gunting, tampal dan tulis. Lagi bagus letak tarikh atau bulan nak capai

5. Lepas tu lekatkan pada board ke, kad manila ke. Buat cantik cantik

6. Letak board yang siap di satu tempat yang hari-hari anda tengok

7. Tadaaa! Siap sudah. Boleh la pandang tatap hari-hari


Dah ada DATEBOOK 2018 belom?



Cantikkan?😍
Berminat boleh roger roger eezza

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee

Instagram: eezza.maryjardin

1 comment:

  1. Pokie Games: How to Play Pokies Online for Real Money
    Pokie is one of the best video game 바카라 사이트 systems. And kadangpintar it 메리트 카지노 쿠폰 is here that we discover some of the best online casinos, bonuses and promotions you can

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah di ruangan komen :)