Thursday 28 December 2017

Tutorial Sticker Untuk Telegram

Assalamualaikum beauties😍

Syukur eezza boleh nampak dan boleh menaip lagi kan. Eezza doakan agar sahabat yang membaca entry ni akan terus dilimpahi nikmat Allah s.w.t

Harini sebenarnya eezza nak share cara nak buat sticker untuk telegram. Korang pernah nampak orang send sticker macam ni tak?




Siapa ada telegram mesti pernah ternampak sticker macam ni orang guna. Itulah nama nya sticker

Sebenarnya sticker ni kat telegram ada sediakan, tapi tak berapa cun lah

Bayangkan lah kalau kita boleh buat sticker sendiri mesti lagi besttt kan? Rasa terujaaa ya amat bila send sticker sendiri tu kan.hihihi😁

Tambah pulak send masa tengah sharing public Mary Jardin. Yelah Mary Jardin ni memang banyak kelas private public kan

Rasa-rasa bila orang nampak sticker kita pegang produk ke, ada bagi impact besar tak? 

Walaupon tak zahir kan rasa wow tu, mesti dalam hati ada rasa wowww hebat lah😍

"Uniknya sticker dia"

Hehehehe

So jom kita belajar cara nak hasilkan sticker ni bagi orang rasa WOWWWW sikett😜

Sebenarnya kalau buat tutorial ni guna laptop lagi senang. Tapi kali ni eezza guna handphone je, senang 

===================

TUTORIAL  STICKER :

===================

1. Sediakan dan pilih gambar yang anda rasa cantik, sopan, wow, jelas dan menutup aurat semestinya

2. Buang background gambar

3. Buka apps Pics Art(pastikan install dahulu), then pilih 'Draw' 》'Create New'

4. Pada saiz canvas, slide ke paling kanan untuk 'custom size'
+ubah saiz canvas ke 512x512




Pastikan tak lebih dari saiz ini, kerana ini adalah had maximum untuk sticker telegram

5. Okay ikut nombor pada rajah untuk delete background putih. Tekan (1) , (2) dan delete




Lepas delete layer background putih, hanya 'transparent' layer yang tinggal

Next ialah pilih sticker, tekan (3)

6. Pilih sticker gambar yang anda telah save tadi. 




Lepas tu adjust saiz
Tapi pastikan jangan besar sangat sebab takut nanti terlebih saiz maksimum 512kb

7. Lepas tu 'Save' !


===============================

CARA UPLOAD STICKER KE TELEGRAM

===============================

1. Tekan Link sticker ni, dan anda akan dibawa ke telegram untuk sticker bot

2. Ikut step by step arahan dari Bot.
Tapi eezza terangkan sikit ea, takut nanti ada yang blur

3. First type /newpack

4. Bot suruh  bagi nama. Pilih lah yang sesuai dengan gambar

5. Upload file. Pastikan anda tak upload ganbar anda as photo, tapi pilih option 'File'(uncompressed)  > 'Galery' > pilih gambar anda

6. Kemudian pilih emoji yang sesuai dengan gambar anda

7. Kalau nak upload banyak lagi sticker, boleh ulang step awal tadi. Kalau dah siap sticker tu, boleh taip /publish

8. Bagi nama pada pack tu, Telegram akan create satu link dan anda boleh kongsi sticker tu dengan kengkawan

9. SIAP!

Amacam best tak tutorial ni? Jangan lepas ni asyik nak up sticker muka sendiri je sudahh.hihihi🤣

Kalau rasa entry ni membantu, komen sikit plishh

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee
Instagram: eezza.maryjardin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di ruangan komen :)