Tuesday 13 February 2018

Cara Menyimpan Sayuran Agar Tahan Lama

RUNSING SAYUR CEPAT ROSAK? IKUTI 6 #TIPS INI UNTUK KEKALKAN KESEGARAN SAYUR SAYURAN SUPAYA TAHAN LAMA



Mesti ibu ibu stress je sebab stok dapur basah seperti sayuran dan buahan mudah rosak bila tak simpan dengan betul kan

Setiap hari mesti nak kena beli barang dapur basah, sebab nak pastikan sayuran dan buahan yang dihidang sentiasa segar

Kadang kadang tu niat nak buat sambal belacan. Bila buka je bekas cili padi yang baru dibeli 3 hari lepas, majoriti nya dah busuk tak boleh nak buat sambal belacan
Aduhh mesti puan sedih kan. Mesti puan semua nak tahu sangat cara nak kekalkan kesegaran sayur sayuran sentiasa segar? Okay jom eezza kongsi tips ni

1. CILI


tips-sayur-elak-rosak-cili-padi
Photo kredit : Sumber google


Cili ni termasuk lah cili padi, cili burung, cili merah hijau kuning lah. Cili ni kalau beli tak sampai seminggu mesti ada yang layu dan busuk kan. Rugii lah dah la sekarang cili mahal kan

Okay tips untuk simpan cili. Buang tangkai dan masukkan ke dalam bekas plastik yang ada penutup. Alaskan bekas plastik dengan tisu dapur atau kertas, kemudian masuk kan cili
Pastikan cili kering dan tidak basah. Dann kupas seulas BAWANG PUTIH dan simpan bersama cili tersebut


2. SAYURAN HIJAU

tips-sayur-elak-rosak-sayur-hijau
Sayur Hijau


Sayur hijau yang jenis berdaun ni memang akan cepat layu dan jika salah simpan memang akan mudah melecur. Lagi cepat rosak kalau simpan dalam peti sejuk dan sayur tidak dibalut

Ada 2 cara nak pastikan sayur hijau ni tahan lama:

Cara pertama 
1. Keluarkan sayur dari plastik dan tak perlu cucinya. 
2. Ambil kertas atau tisu dapur dan balut kan sayur bersamanya. 
3. Kemudian masukkan sayur ke dalam plastik dan ikat rapat. Anda boleh juga boleh guna plastik kedap udara(ziplock beg) yang anda boleh dapatkan di Daiso atau Tesco

Selepas 3 atau 4 hari, kertas itu akan basah kerana keadaan lembap dalam peti sejuk. Jadi sila tukar kertas balutan sayur itu jika ianya telah basah

Cara kedua ialah 
1. Rendamkan sayur dalam air yang dicampur dengan garam selama 2 ke 3 minit. 
2. Selepas itu toskan sayur tersebut. 
3. Setelah kering simpan sayur anda dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk


3. BAWANG

tips-sayur-elak-rosak-bawang
Bawang


Sebenarnya ada banyak cara nak simpan bawang ni. Ada yang suka simpan bawang selepas dikupas kulitnya, ada yang simpan bawang bersama kulit nya. 
Anda boleh pilih cara menyimpan yang sesuai dengan anda okay

Jika anda suka simpan bawang yang telah dikupas, supaya senang nak guna bila nak masak, anda perlu elakkan bawang itu dicuci. Selepas siap dikupas terus simpan dalam bekas kedap udara.
Pastikan bawang itu tidak terkena air okay!

Jika anda simpan bawang belum dikupas, anda perlu pastikan bawang disimpan dalam tempat yang boleh dilalui udara. Contohnya simpan dalam bakul dan raga

Ada juga yang suka simpan bawang dengan mengisarnya terlebih dahulu. Untuk elakkan ianya mudah busuk, anda boleh masukkan secubit garam semasa mengisar bawang sebagai pengawet. Dann pastikan anda simpan di dalam peti sejuk tau


4. BROKOLI & KUBIS BUNGA


Brokoli dan Kubis Bunga sukakan kelembapan. Untuk menyimpan brokoli dan kubis bunga dengan lebih lama ialah dengan balutkan dengan tisu atau kertas basah
Atau masukkan brokoli dan kubis bunga kedalam plastik yang ditebuk sikit lubang untuk pengudaraan


5. PES CILI


tips-sayur-elak-rosak-pes-cili
Photo Kredit: Google

Selalu pes cili orang guna untuk buat sambal tumis atau dijadikan perencah untuk masakan bergoreng. Nyumm!

Tapii oleh kerana tesktur nya berair buatkan pes cili tak tahan lama dan mudah berbuih atau berkulat walaupon simpan dalam peti sejuk

Nah ini cara simpan pes cili untuk lebih lama. Gunting dan buang biji cili dan basuh cili tersebut

Jika anda guna cili kering, rebus dahulu cili tersebut. Rebus hingga mendidih dan selepas mendidih toskan. Kisar cili dengan sedikit campuran minyak dan BUKAN AIR!

Pes cili yang homemade memang hanya akan bertahan paling lama seminggu sebab tiada bahan pengawet

Tapi jika anda ingin pes cili anda bertahan lebih lama, anda boleh masakkan ia terlebih dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk beku (freezer)


6. TAUGE


tips-sayur-elak-rosak-tauge-dan lemon
Tauge


Dalam banyak banyak sayur, tauge lah paling susah nak simpan. Sebab mudah sangat bertukar warna, tekstur dan akan jadi masam kalau simpan lama sangat

Okay cara nak simpan tauge ialah keluarkan dari plastik dan basuh bersih. Simpan dalam bekas bersih dan isikan air.  Rendam tauge dalam air tersebut dan tutup rapat bekas tadi sebelum simpan dalam peti sejuk

Untuk tahan lama, perahkan sedikit jus lemon ke dalam air rendaman tauge tadi. Kalau tak ada lemon, boleh masukkan secubit garam
Pastikan tukar air setiap 5 hari sekali😊

Bonus!


7. LIMAU KASTURI


tips-sayur-elak-rosak-limau-kasturi
Limau kasturi (photo kredit: google)

Limau kasturi ni perah buat air asam cicah ikan fuhh sedapp. Tapi kalau simpan dia dalam bekas yang tidak bertutup akan mudah kering atau cepat busuk


Tips nak kekalkan kesegaran limau kasturi ialah simpan dalam bekas bertutup dan alaskan tisu atau kertas dalam nya. Pastikan limau itu kering dahulu ye!

Masukkan limau dalam bekas bertutup kemudian kupas seulas bawang putih dan masukkan bersama. Lepas tu sebelum tutup bekas letak kertas di atasnya untuk serap lembapan dalam peti sejuk


Mudah dan ringkas kan?

Eezza harap tips ni dapat jimatkan masa ibu ibu dan surirumah daripada ulang alik pergi pasar. Dann jugak boleh elak pembaziran serta boleh bantu mudahkan kegunaan harian anda
Selamat mencuba!😊



Anda rasa tips ni membantu ramai ibu ibu surirumag di dapur? Tolong SHARE ye, insyaAllah kita kongsi pahala sama sama. Eezza rasa nak kongsi lagi lah tips di dapur untuk pembaca semua. Boleh ke tolong komen tips apa yang anda nak?

Boleh lah eezza rancang macam mana nak buat post yang bermanfaat untuk semua pembaca niJumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See FirstSalam kejayaan,Ezza Almi | Eezza |Founder Of LavieeMary Jardin Kelana Jaya | Selangor SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597FB : Ezza AlmiFB Page :LavieeInstagram: eezza.maryjardin