Friday 29 December 2017

VISION BOARD 2018


Assalamualaikum beauties😍

Macam mana harini, kerja okay tak? Ke semua dah pergi bercuti ni?

Apa-pa pun, eezza doakan semoga kawan yang membaca entry ni dilindungi Allah sentiasa

Pejam celik pejam celik tinggal lagi 2 hari(tak termasuk harini tau) nak masuk tahun 2018. Macam sekejab je kan

Takpe biarkan 2017 itu berlalu, jom MOVE ON to 2018

Apa kata masih berbaki lagi before masuk 2018 ni, jom buat vision board nak?

Vision board ni tujuan nya supaya kita ada target yang dicapai pada tahun 2018. Untuk orang bisnes memang tahap WAJIB  dah buat tau





Okay masa nak buat vision board ni, better buat bersama suami. Selami bincang apa impian untuk tahun 2018

Pastikan  masa nak buat tu korang dan pasangan dalam keadaan tenang, relax dan fikir benda happy happy je😊

Okay, vision board macam impian kita. Jadi bila impian ni lagi elok buat macam board. Guna softboard ke guna kad manila ke, gunting kotak ke 

Asalkan boleh tampal kat dinding. Buat besar-besar lagi bagus. Lepas tu tampal kat bilik atau kat mana-mana yang selalu korang nampak hari-hari

Supaya hari-hari korang dapat visualize, dapat bayang apa impian 2018 korang tu

Pastikan impian korang tu,impian yang nak dicapai pada masa terdekat tau. Bukan impian yang nak capai tahun 2020 tapi memang impian nak capai 2018

Jadi impian tu kena realistik!

Macam mana?
Senang je, tips dia korang kena imbas balik apa yang korang berjaya capai 2017 dan apa yang nak diimprove lagi supaya makin berjaya

Haa lepas tu masukkan dalam impian list korang tahun 2018

Tak dapat bayang jugak? Hmm okay contoh eezza bagi


Contoh goals:
1. Bawa family pergi umrah by december 2018
2. Nak saving monthly RM300 never miss
3. Nak hadiahkan mak ayah kereta by november
4. Sponsored family day by me in december
5. 
6.
7.

Korang tulis je dulu dalam 10-15 impian. Lagi bagus tulis di buku planner ke, buku diary ke supaya mudah nak tengok balik nanti

Lepas dah tulis, baru visualize dalam bentuk gambar dan tampal pada board ata kad manila

Contoh vision board yang dah siap👇



Dapat dah gambaran visian board ni?😁

Vision board ni buat sepenuh hati tau, jangan buat asal boleh je. Bila kita buat dengan tenang, dengan niat yang betul, tambah dengan excited nya

InsyaAllah impian korang tu akan tercapai dan Allah senang makbulkan

Buat solat hajat, baca doa nanti boleh ikut steps yang eezza share 

Tapii paling penting kan, masa buat vision board tu, fikiran korang memang kena ada aura positif, kalau rasa serabut ke ape ke

Relax kan diri dulu, tak pun pergi bau lavender essential oil dalam face oil tu dulu.hihihi😜

Okay semoga berjaya listkan impian korang 2018, dan eezza doakan agar semua impian eezza dan anda semua yang membaca ni dimakbulkan oleh Allah

Tapi ingat vision board ni 1st step untuk kita berjaya. Bukan tatap ahti-hari tetibe je berjaya tau

Jadi jangan biarkan vision board tu hanya menjadi 'mimpi' tapi jadikan ia realiti dengan tindakan, daya, penggerak🔥

Yang tu nanti eezza cerita entry lain okay

'Vision is merely a dream without action' ~ Joel Barker


=============================

STEP UNTUK BUAT VISION BOARD

=============================
Credit to: Nursyahirah Ibrahim ( Founder surilavender)

1. Seeloknya buat solat sunat, solat hajat. Doa pada Allah supaya pimpin hati kita, bagi tahu Allah apa yang kita nak

2. Mulakan dengan bismillah, buat relaxation, tenang kan hati.
Cakap betul betul pada diri
'Apa tujuan hidup?'
'Apa yang nak dicapai?'
'Siapa yang korang nak bahagiakan?'

3. Tulis dulu paling kurang  10 impian anda

4. Cari gambar berkaitan, gunting, tampal dan tulis. Lagi bagus letak tarikh atau bulan nak capai

5. Lepas tu lekatkan pada board ke, kad manila ke. Buat cantik cantik

6. Letak board yang siap di satu tempat yang hari-hari anda tengok

7. Tadaaa! Siap sudah. Boleh la pandang tatap hari-hari


Dah ada DATEBOOK 2018 belom?



Cantikkan?😍
Berminat boleh roger roger eezza

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee

Instagram: eezza.maryjardin

Thursday 28 December 2017

Tutorial Sticker Untuk Telegram

Assalamualaikum beauties😍

Syukur eezza boleh nampak dan boleh menaip lagi kan. Eezza doakan agar sahabat yang membaca entry ni akan terus dilimpahi nikmat Allah s.w.t

Harini sebenarnya eezza nak share cara nak buat sticker untuk telegram. Korang pernah nampak orang send sticker macam ni tak?




Siapa ada telegram mesti pernah ternampak sticker macam ni orang guna. Itulah nama nya sticker

Sebenarnya sticker ni kat telegram ada sediakan, tapi tak berapa cun lah

Bayangkan lah kalau kita boleh buat sticker sendiri mesti lagi besttt kan? Rasa terujaaa ya amat bila send sticker sendiri tu kan.hihihi😁

Tambah pulak send masa tengah sharing public Mary Jardin. Yelah Mary Jardin ni memang banyak kelas private public kan

Rasa-rasa bila orang nampak sticker kita pegang produk ke, ada bagi impact besar tak? 

Walaupon tak zahir kan rasa wow tu, mesti dalam hati ada rasa wowww hebat lah😍

"Uniknya sticker dia"

Hehehehe

So jom kita belajar cara nak hasilkan sticker ni bagi orang rasa WOWWWW sikett😜

Sebenarnya kalau buat tutorial ni guna laptop lagi senang. Tapi kali ni eezza guna handphone je, senang 

===================

TUTORIAL  STICKER :

===================

1. Sediakan dan pilih gambar yang anda rasa cantik, sopan, wow, jelas dan menutup aurat semestinya

2. Buang background gambar

3. Buka apps Pics Art(pastikan install dahulu), then pilih 'Draw' 》'Create New'

4. Pada saiz canvas, slide ke paling kanan untuk 'custom size'
+ubah saiz canvas ke 512x512




Pastikan tak lebih dari saiz ini, kerana ini adalah had maximum untuk sticker telegram

5. Okay ikut nombor pada rajah untuk delete background putih. Tekan (1) , (2) dan delete




Lepas delete layer background putih, hanya 'transparent' layer yang tinggal

Next ialah pilih sticker, tekan (3)

6. Pilih sticker gambar yang anda telah save tadi. 




Lepas tu adjust saiz
Tapi pastikan jangan besar sangat sebab takut nanti terlebih saiz maksimum 512kb

7. Lepas tu 'Save' !


===============================

CARA UPLOAD STICKER KE TELEGRAM

===============================

1. Tekan Link sticker ni, dan anda akan dibawa ke telegram untuk sticker bot

2. Ikut step by step arahan dari Bot.
Tapi eezza terangkan sikit ea, takut nanti ada yang blur

3. First type /newpack

4. Bot suruh  bagi nama. Pilih lah yang sesuai dengan gambar

5. Upload file. Pastikan anda tak upload ganbar anda as photo, tapi pilih option 'File'(uncompressed)  > 'Galery' > pilih gambar anda

6. Kemudian pilih emoji yang sesuai dengan gambar anda

7. Kalau nak upload banyak lagi sticker, boleh ulang step awal tadi. Kalau dah siap sticker tu, boleh taip /publish

8. Bagi nama pada pack tu, Telegram akan create satu link dan anda boleh kongsi sticker tu dengan kengkawan

9. SIAP!

Amacam best tak tutorial ni? Jangan lepas ni asyik nak up sticker muka sendiri je sudahh.hihihi🤣

Kalau rasa entry ni membantu, komen sikit plishh

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee
Instagram: eezza.maryjardin

Tuesday 26 December 2017

Ada apa dengan SERINGGIT SEPOSEN?


Hanya dengan kos seringgit seposen sehari, anda boleh memiliki skincare yang 
1. Selamat bebas toxic chemicals
2. Mudah nak guna, sesuai untuk wanita yang busy
3. Berkesan insyaAllah

Dengan kos seringgit seposen sehari, anda boleh memiliki kulit yang lebih sihat, lebih berseri dan lebih cantik 😍

Dengan kos seringgit seposen sehari sahaja, anda boleh memiliki dan guna 3 items basic untuk jaga muka 
1. Facial soap
2. Face oil
3. Detox Clay Mask

Semua ni hanya kos seringgit seposen sehari, untuk menjaga kulit muka anda yang tidak ternilai itu

Seringgit seposen untuk skincare yang natural dan mewah dengan bahan berkhasiat






Sungguh JIMAT kan?
Sungguh MURAH kan?

Jom berhijrah ke skincare mary jardin yang natural dan berkesan. Jangan lengah-lengah tau

Fast action fast result💕

Salam Kejayaan,
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
lavenderimperium@gmail.com
COD Kelana Jaya & Petaling Jaya
FB Page : Ezza Almi - Laviee


Wednesday 20 December 2017

My Mary Jardin by SUPERMOM


SUPERMOM💎

Yes itulah title paling sesuai untuk kak ain atau nama facebook nya Ain Shaharudin
Seorang ibu kepada 3 orang anak dan bekerjaya. Tugasan kerjanya mostly involve of traveling tau

Mana nak uruskan dengan rumah tanga lagi, nak maintain dengan kerja lagi. SubahanaAllah havocccc!!

Bayangkan lah hari-hari balik lambat dari kerja, dengan suami pula bekerja outstation (offshore/onshore). Kadang-kadang tu sebulan tak balik rumah. huhuhu
Betapa kuatnya dan cekal nya kak Ain kan?

Walapon macam tu, kak ain tetap join Mary Jardin demi keselesaan keluarga tercinta dan berkat kesungguhan dan kegigihan nya, dia tersenarai ranked 27th dalam MJSuperstars dari 5000 agent worldwide bulan lepas!

7 bulan dalam MJ dan personal sales memang maintain 4 angka. Top achiver in #mjexcellence

Hebat kan?
Kunci kejayaan kak Ain ialah PERSISTENT. Yes kak Ain sangat persistent dalam setiap kerja yang dia lakukan. Semasa eezza melawat kak Ain waktu dia sakit, dia cerita tipulah kalau tak rasa nak give up kan, mana nak uruskan kerja dan anak-anak lagi. Lepas tu nak buat bisnes online pulak

Allahuakbar bila dengar cerita kak Ain, rasa kak Ain macacm ada time freeze tak pun time tunnel mcam dalam cerita Harry Potter tu.kikiki

Yelah sebab kak Ain boleh uruskan semua tu dengan baik. kak Ain kongsi salah satu sebab kenapa kak Ain tak give up dalam bisnes sebab berbisnes dengan Mary Jardin ni best sangatttt

Dengann supportive group yang sangat happening. Everyday leader dan teammember beri semangat tak putus untuk teruskan perjuangan dalam dunia bisnes. Lepas tu dengan ILMU EMAS yang sentiasa dikongsi dari leader-leader hebat yang terbukti formula kejayaan nya

MasyaAllah syukur kak Ain dan eezza ditemukan dengan bisnes yang sangat positif dan mendapat tempat di hati pelanggan

Semoga kisah kak Ain dapat memberi semangat kepada pembaca blog eezza dan terus kuat meneruskan perjuangan. Kalau rasa lonely dan nak support group yang positif, boleh je message dan roger-roger eezza okay. InsyaAllah eezza akan membantu anda

Terima Kasih sudi baca blog eezza.
Assalamualaikum beauties

Salam Kejayaan,



SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
lavenderimperium@gmail.com
COD Kelana Jaya & Petaling Jaya
FB Page : Ezza Almi - Laviee

Thursday 14 December 2017

My Mary Jardin Story

Alhamdulillah semalam selesai sharing kisah inspirasi eezza macam mana terjebak dengan Mary Jardin



Sebenarnya dulu eezza kerja sebagai software engineer di syarikat swasta terkemuka iaitu Intel Microelectronic

Namun kerana planning Allah lagi cantik, eezza ambil keputusan untuk resign dari kerjaya eezza

Untuk menjadi domestic engineer ( read as housewife🤣)

Walaupon ditentang oleh keluarga terdekat, alhamdulillah Allah permudahkan juga

Impian nak didik anak depan, alhamdulillah Allah makbulkan

Ingatkan dah boleh hidup happily ever after😁

Tapi hujan pulak tengah tengah

Selepas bersalin, ramai yang mula bertanya "bila nak sambung kerja?"

"Sayangnya, berhenti kerja"
And the questions goes on and on

Aduuuh, memang stress eezza sebab niat memang nak jadi suri ummah selamanya

Tapi bila jadi macam ni, hati jadi tak keruan, rasa serba salah, rasa sedih, rasa geram

Eezza mengadu dengan suami tentang perasaan eezza tu

Alhamdulillah suami tak memaksa. Cuma lama-lama eezza rasa tak best, bukan sebab tak best jaga anak. Tak best sebab tak dapat rasa FREEDOM OF MONEY

Dulu dah biasa pegang duit sendiri
Tapi untuk kembali bekerjaya, perlu hantar ke pengasuh

Waduuhhh, dilemma mak-mak ni. Kalah sinetron TV

Eezza mula-mula memang risik sahaja untuk berbisnes. Dulu memang tak suka bisnes ni

Mungkin sebab segan, malu, rasa macam selalu seller tipu mesti ada muslihat je

Jadi eezza pon tak suka lah bisnes
Tapiii demi anak, dan eezza tengok ramai kengkawan buat bisnes, eezza cakap why not try kan

Terjun dalam lubuk bisnes tanpa pakai safety jacket, tanpa ilmu langsung

Memang mudah la tenggelam. Join dropship sana sini, skirt muslimah lah, cadat patchwork lah dan macam macam lagi

Bimbingan dari leader memang tak ada,  yang ada update stok dan harga. Nak menjual pon pakai redah je

Itu tak masuk dengan permainan harga lagi.huuu😭

Macam mana nak maju macam ni. Seminggu tahan lagi, masuk bulan eezza pikir tak boleh jadi ni, kena cari sesuatu kalau nak berjaya dalam bisnes

Alhamdulillah Allah buka lorong supaya eezza nampak ilmu adalah kunci untuk berjaya dalam bisnes

Dalam masih mencari dropship yang sesuai dengan eezza. Alhamdulillah Allah lorongkan eezza tertarik hati join Mary Jardin asbab tengok post 3 4 kali di faceook

Apalagiii terus risik-risik
Tanya-tanya
Terpikat
Lepas tu?

Joinn terus jadi #MaryJardinAgent 😁

Tertarik hati dengan Mary Jardin ni memang sebab motto dan vision nya

"Empower Women"
"Positive circle"

Dulu eezza kerja dengan Intel, memang sama nilai-nilai yang ada. Syukur eezza masih berada circle yang positif seperti dulu

Mary Jardin memang sangat menjaga para ejen ejen nya

Permainan harga memang tidak akan berlaku kerana semu ejen tak dibenarkan menjual di pasaran terbuka seperti lazada, shoppee,mudah dan semua e-commerce lain

Bukan itu sahaja, Mary Jardin juga percaya yang dengan ilmu, para ejen dapat maju dalam dunia bisnes

Sebab itu dalam Mary Jardin, tiap tiap hari ade majlis ilmu online, offline.
Ilmu copywritting, ilmu psikologi, ilmu tingkatkan motivasi diri.

Ilmu EMAS dari leader leader dan mentor yang terbukti berjaya memang sentiasa dikongsi. Memang tak lokek ilmu

Dan semua ni FREE SAHAJA!





Yesss Mary Jardin ialah satu platform untuk kita dapat majukan potensi diri dan tempat kita asah skill yang ada hingga berjaya

Yang paling BEST, support group yang ada di Mary Jardin ni, memang sangat positif dan sentiasa beri motivasi membina pada sesama sendiri

Jatuh bangun dalam bisnes ialah perkara biasa, tapi bila kita tengah down, apa yang membantu selain dari Allah ialah ada kenglawan yang sangat positif dan saling bagi motivasi

Dari rasa nak tersungkur, teros dapat berjalan balik

Eezza sendiri dah alaminya, memang Mary Jardin, I LOVE YOU!

Jadi kalau ada yang membaca entry eezza ni, sedang berfikir-fikir nak cari bisnes yang untung dan nak sedut ilmu banyak-banyak, boleh la risik risik dengan eezza untuk tahu lebih lanjut

Eezza akan bimbing anda hingga berjaya dan berjaya buat sales 3 4 angka, lepas tu kita kembang kan empayar bisnes sama sama. InsyaAllah

Dari kosong tentang ilmu terus jadi gemuk dan penuh dengan ilmu

Alhamdulillah sekarang eezza dah dapat capai 4 angka dalam sales
Sungguh tak jangka, sebab eezza baru lagi dalam bidang bisnes

Top 3 #DbeautyMJ ACHIEVER OGOS 2017
 TOP 6 #DbeautyMJ Achiver SEPTEMBER 2017


Ni semua sebab follow je apa leader suruh, follow rapat-rapat apa leader buat

Sebab nya formula kejayaan leader tu dah terbukti berjaya nya. Kita cuma kena buka minda dan yakin sahaja

Alhamdulillah banyak sangat improvement eezza perasan. Ilmu bisnes pon alhamdulillah makin bertambah, ilmu akhirat pon begitu juga

Banyak sangat sebenarnya nak share, insyaAllah next entry eezza kongsi lagi

Eezza nak prepare diri untuk sharing malam ni pulak. Ilmu bukan eezza punya, semuanya milik Allah




Tak rugi memberi, nanti Allah bagi lebih lagi kan😊

Assalamualaikum beauties❤


Salam Kejayaan,
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
lavenderimperium@gmail.com
COD Kelana Jaya & Petaling Jaya
FB Page : Ezza Almi - Laviee

Tuesday 21 November 2017

Basic Set Mary Jardin Murah #MaryJardinMurah




Assalamualaikum beauties,

Eezza doakan semoga sihat semuanya

Bulan NOVEMBER adalah bulan yang sangat ISTIMEWA kerana buat pertama kalinya Mary Jardin menganjurkan NATURAL BEAUTYFEST 2017 pada 25 & 26 NOV 2017

Dannnnn

Bersempena dengan natural beautyfest ni, Dr Maryam yang sangat cantik dan baik hati memberi potongan harga sehingga 70 % untuk semua item.

Yang paling best, BASIC SET Mary Jardin yang terlaris di pasaran tu ada promo JIMAT hingga RM70.






Harga asal RM170, tapi kali ni cikpuan semua boleh dapatkan dengan RM100 sahaja!

Eezza memang rekomen sangat pada cikpuan yang nak kekal cantik dengan produk yang selamat dan natural khususnya


Apa ada dalam basic set ni?


Basic set mary jardin ni skincare yang paling mudah eezza pernah cuba. Dalam basic set ni ada 3 items iaitu face soap , face oil dan detox clay mask (macam dalam gambar kat bawah ni)







Apa yang simple?



Dalam skincare mary jardin, tiada krim siang malam atau toner. Setiap hari cikpuan hanya perlu basuh muka dengan sabun muka yang diperbuat dari 100 % susu kambing tanpa campuran air. 



Dalam sabun ni juga ada oat, madu dan 4 campuran essential oil. Cikpuan akan terasa pengalaman mewah  semasa membelai muka sabun dengan susu kambing ni.

Bebas paraben, bebas mineral oil, bebas SLS, bebas pengawet sintetik dan bebas pewangi sintetik dan  juga pewarna tambahan

Warna putih sabun memang pure dari susu kambing dan bbau wangi sabun adalah dari esktrak lavender oil. Memang 100% natural. Aaa terus rasa nak pergi basuh muka sekarang. hihihi

Okayla, jadi sabun ni sehari 2 kali je pakai. Tahan sampai 2-3 bulan.
Lepas dah basuh muka dengan sabun susu kambing, lap muka dengan microfiber towel hingga kering.

Lepas tu titiskan 1-2 tits face oil ke tapak tangan, gosok tapak tangan hingga rasa haba lepas tu dap dap ke muka. Fungsi utama face oil ialah sebgai pelembap. Jadi lepas pakai face oil tak perlu pakai krim atau toner dah.

Selain sebagai pelembap, untuk cikpuan yang pakai makeup, boleh jadikan makeup primer sebelum pakai makeup. Cubalah cikpuan akan rasa kulit cikpuan rasa moist moist je walaupun sedang pakai makeup

Face oil ni juga boleh dijadikan makeup remover, rawat luka kecil dan radang seperti jerawat atau ruam. dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari baby hingga ke orang tua

Dalam sebotol face oil terdapat 9 jenis minyak botani. Bergabung memberi vitamin yang terbaik untuk muka cikpuan. Minyak argan ade, minyak rosehip ada, minyak jojaba as carrier oil pun ada

Cuba lah selepas seminggu pakai kulit cikpuan konfem lembut je




Itu sahaja untuk rutin harian cikpuan. SIMPLE kan?





Eezza anak seorang ni pon kekadang dah rasa tak sempat nak pakai krim toner bagai. Tu yang kulit nampak kusam je

Tapi kekadang tu nak jugak rasa cantik berseri kat rumah untuk suami kan. 
Untuk kulit kusam ni, eezza guna kan detox clay mask seminggu sekali je,

Fungsi detox clay mask ni adalha untuk serap keluar segala toxin yang terlekat di muka kita ni. Debu, asap rokok, habuk dan macam macam lagi toxin yang ada dalam udara kita ni

Dalam clay mask mary jardin ni antara bahan premiumnya ialah bentonite clay dari abu gunung berapi. Sangat powerful untuk serap toksin keluar. Juga ada oat organic yang berfungsi untuk tanggalkan sel kulit mati di muka kita tu.

Lepas pakai clay mask, konfem cikpuan akan nampak lebih cerah berseri.m
Cara pakai clay mask ni ambil satu sudu kecil kfc, bancuh guna air. Kacau hingga larut. Pakai kan ke muka dan seratakan. Biarkan hingga 5-10 minit di muka kemudian basuh.  Siap!

Sebotol tahan hingga 4-5 bulan tau, bergantung pada pemakaian

Beribu dah, yang mencuba maryjardin dan kita dah banyak review dari customer.  Boleh lihat testimony di bawah ye.

Jadi ini sahaja rutin harian cantik mary jardin.hehe




Dannnn eezza nak kongsi apa yang menarik kalau cikpuan grab basic set dengan eezza bulan ni:

Harga lebih murah,murah dia tu bukan 17 ringgit tapi 70 ringgit
   + Satu harga tapi dapat 3 item lengkap tahan sehingga 2-3bulan
   + Dapat FREE GIFT special edition dari team mjlavie bulan ni
   + Dapat FREE ebook
   + Dapat kotak cantik bereben purple
   + Automatic join masuk cabutan bertuah yang akan menang cash 100 ringgit






Promo tinggal 2 HARI sahaja lagi!



Mary Jardin skincare, skincare semulajadi founder Dr Muslimah tempatan 

Apa lagi , bolehlah grab promo ni dan dapatkan tip top consultation daripada eezza, boleh terus wasap eezza 

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee
Instagram: eezza.maryjardin




TESTIMONI PENGGUNA BASIC SET



Puan kat bawah ni masalah kulit kusam. Alhamdulillah dah berseri dengan basic set MJ