Thursday 18 January 2018

Oil Cleansing Method Atasi Masalah Jerawat


Clear-oil-cleansing-method
Photo Kredit : ImaxTree


Bismillah

Assalamualaikum beauties

Apa khabar semua? eezza doakan agar semuanya sihat sejahtera

Okay eezza pasti semua orang tahu perkataan minyak? jerawat? rawat
Tapiii jarang sekali kita dengar ketiga tiga perkataan ni berada dalam satu ayat kan?

Perkataan Jerawat ni eezza rasa kita kenal sejak kita di bangku sekolah lagi kott sebab time tu lah baru kita kenal dunia kecantikan semua.hihi

Salah satu punca muka berjerawat ialah disebabkan minyak di kulit wajah kita keluar secara berlebihan. Lepas tu, habuk, debu dan kotoran semua akan senang melekat pada muka. Bila dah melekat, pori pori muka akan tersumbat, lepas tu muncul lah jerawat tu

Eezza tak pasti korang pernah alami situasi sama ke tak. Dari dulu eezza memang dimomokkan bahawa minyak memang musuh sejagat kaum wanita terutama di bahagian wajah. Malah ramai yang sarankan supaya guna bahan super irritating toners, scrubs, creams dan cleansers yang penuh dengan bahan toxic chemical, bahan pengawet, wax dan macam macam lagi yang membuatkan muka kita sebenarnya lagi teruk. Ouchh!

Tapiiii, tahu tak kalau eezza kata kunci utama untuk merawat jerawat di wajah anda ialah dengan menggunakan minyak

Yess! Malah ianya semakin trending kini dan hasil nya sangat bagus hinggakan ada yang telah dapat hasil pratikalnya hanya semalaman. Wow kan?

Jom eezza kongsikan cara untuk menghilangkan dan mengurangkan masalah jerawat di wajah dengan menggunakan minyak

Teknik ni namanya Oil Cleansing Method (OCM). Bahasa mudah nya cuci muka guna minyak. Tapii jangan pulak ambil minyak masak cap Saji tu tau

Teknik cuci muka guna minyak ni kita guna essential oil seperti Jojoba Oil, Castor Oil, Lavender Oil dan banyak lagi

Bagus tau cuci muka dengan essential oil sebab ianya boleh bantu seimbangkan penghasilan minyak semula jadi di kulit wajah kita dan boleh rawat pulihkan jerawat di muka, contoh macam guna Argan Oil dan Avocado Oil

Cuma  perkara yang harus kita ambi berat tentang essential oil ni ialah tahap kepekatan nya (pure/potent). Yang ada kepekatan tinggi kita kena campur dengan carrier oil supaya kulit kita tiada irritations effect seperti naik merah merah 

Dan yang bestnya bila campur carrier oil ni, ia boleh bantu bersihkan liang pori pori wajah kita terutamanya. Carrier oil ni akan blend dengan kotoran dan akan bantu keluarkan segala kotoran semasa cuci wajah dengan air bersih.

Lepas tu korang akan rasa effect dia. Fuhh memang kulit wajah jadi bersihhh!

Mana nak dapatkan essential oil dan carrier oil ni?
Korang boleh beli sendiri di pengedar essential oil yang terpilih. Pastikan yang original tau, tiada pewangi sintetik tambahan

Sebenarnya, rutin oil cleansing method ni memang dah terkenal. Nanti cuba korang google tau dekat Hollywood tu, cuma negara kita, Malaysia je baru nak trending. hehe

Okay jom kita tengok macam mana nak buat teknik Oil Cleansing ni yang sesuai untuk dipraktiskan oleh semua jenis kulit, dan paling bagus untuk kulit berjerawat

Photo kredit : mommypotamus.com




Eezza terjumpa testimoni dari google (rujuk gambar dibawah). Orang oversea memang dah jadi rutin cuci wajah mereka pakai essential oil guna teknik Oil Cleansing Method(OCM)



testimoni-oil-cleansing-method-ocm
Testimoni OCM dari Google
Woww, berkesan kan? Tengok kulit dia dari hari ke hari semakin cantik. Hasil selepas konsisten buat teknik oil cleansing method(ocm) ni. Makin flawless gituu

Okay caranya

  1. Sediakan minyak essential anda yang siap di blend, microfibre towel, air suam (warm water) dan ais
  2. Basahkan muka dengan air suam
  3. Ambil 1/2 sudu kecil / 3-4 titis minyak ke tapak tangan
  4. Urut ke muka dengan perlahan-lahan. Buat urutan secara membulat selama 30 saat ke 2 minit supaya minyak tadi meresap ke kulit muka. Fokus pada tempat yang pori-pori tersumbat
  5. Basahkan microfibre towel sedikit dengan air panas( suam-suam kuku), perah sedikit
  6. Dan cepat cepat tekapkan ke muka seketika (ini ialah kunci utama teknik ocm ), sehingga kepanasan pada towel tidak dirasai lagi ( dah sejuk)
  7. Ulang steps 5 dan 6 hingga anda rasa puas
  8. Akhir sekali, tuam muka anda dengan ais (pastikan ais dibalut dahulu dengan kain) untuk menutup kembali liang pori pori

Formula & Recipes



Oh ye, sebenarnya ada resepi essential oil untuk setiap jenis kulit yang korang boleh cuba. Nanti korang cuba buat sampai formula minyak tu serasi dengan muka korang okay


Kalau korang rasa, formula tu buatkan kulit korang jadi kering. Boleh cuba add extra hydrating/conditioning oils. Kalau rasa terlampau oily menyebabkan muka korang bertambah berminyak, bole cuba tambah astringent oils dan therapeutic-grade essential oil macam tea tree atau rosemary. Jangan takut untuk mencuba recipe baru. Cuba cuba dan cuba hingga korang dapatkan the best beutiful formula ever!

Kalau masih blur dan tak pasti nak formula essential oil, boleh rujuk gambar bawah okay

oil-cleansing-method-recipe-for-all-skin-stype
OCM Recipe(Photo Kredt beautymunsta.com)


Tapiii kalau korang memang seorang yang sangat busy, tiada masa nak blend blend essential oil ni, but at the same time memang nak juga cantik dan nak cuba Oil Cleansing Method (OCM) ni?

Haa jangan risau eezza ada solusi untuk korang. Tadaaaa

oil-cleansing-method-face-oil
Face Oil by Mary Jardin



Ini lah Face Oil Mary Jardin.  Korang boleh guna face oil ni untuk Oil Cleansing Method ni

Eezza memang guna ni je untuk buat teknik Oil Cleansing Method ni. Tapii eezza tak ada lah buat setiap hari, cukup SEMINGGU sekali je. Yelaa essential oil bukan murah dik nonnn

Alhamdulillah eezza sangat puas hati, kulit nampak lebih bersih. Yang best nya blackhead dan whitehead berkurang!

Face Oil Mary Jardin ni sebenarnya gabungan beberapa jenis exotic essential oil dan carrier oil yang sesuai untuk semua jenis kulit muka. Didalam nya terkandung Argan Oil, Rosehip Oil, Avocado Oil, Sunflower Oil, Jojoba Oil, Castor Oil, Lavender Oil, Sea Buckthorn Oil, Tea Tree Oil dan Vitamin E dan C

Haa banyak kan essential oils dalam satu botol. InsyaAllah sebotol face oil ni boleh rawat muka korang yang ada masalah kulit kering, muka berjerawat, kulit berminyak over sangat

Korang cubalah mana tau face oil ni magic potion untuk korang dapat muka sihat dan glowing. Cuma korang kena selalu selalu kan buat Oil Cleansing Method ni supaya dapat bantu menghilangkan masalah wajah berjerawat tu

InsyaAllah dengan izin Allah, eezza yakin dan percaya wajah korang akan cantik dan pulih seperti asalnya. Yang penting konsisten!




ezza-almi-holding-face-oil-mary-jardin
Ni lah eezza

face-oil-mary-jardin-murah
Kandungan Face Oil Mary Jardin



Okay sampai sini dulu entry eezza kalini, terima kasih pada yang membaca sampai sini. Korang memang AWESOME lah.

Siapa yang ada masalah kulit berjerawat, boleh terus contact eezza kat untuk dapatkan free consultation

Eezza doakan agar semua masalah di wajah kita Allah permudahkan urusan.

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee

Instagram: eezza.maryjardin

Sunday 14 January 2018

Mary Jardin di Slot Assalamualaikum TV Alhijrah

Bismillah

Wahhhh alhamdulillah Mary Jardin dah masuk TV Alhijrah lah. Oppsss maaf kan eezza, teruja sangat sampai lupa nak bagi salam🎉🎉

Assalamualaikum beauties semua yang bahagia, eezza doakan agar semua dirahmati Allah s.w.t😁

Oh ye, nak habaq mai jugak yang Mary Jardin dah masuk radio IKIM tau!
Dah dengar ke belom?hehehe

Bangga eezza sebagai rakan kongsi dalam family Mary Jardin ni, bila tengok Mary Jardin semakin melebarkan sayap empayar bisnesnya

TERUJAA! Lepas ni Mary Jardin makin dikenali ramai lah😁

Okay sebenarnya nak cerita  pada 8 Jan 2018 lalu, buat pertama kalinya Mary Jardin  masuk TV Alhijrah yang merupakan stesen TV Islam pertama di Malaysia

Wowww! Korang sempat tengok tak?

Alamak lupa pulak nak bagi tahu rancangan mana. Mary Jardin masuk rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah. 

Eezza tak sempat tengok kat tv, jadi konon nak tengok streaming online je rancangan Assalamualaikum di website TV Alhijrah pada bahagian LIVE@Streaming

Terujaa sangat nak tengok bila family surilavender kata Mary Jardin keluar TV tau. Eleehhh mengaku je lah, sebenarnya eezza teruja nak tengok ada  nampak muka sendiri masuk TV tak. hehehe

Tapii masa eezza bukak je live streaming tu, dah terlepass slot liputan khas video untuk Mary Jardin. Alaaaa😅

Lepas tu ada kawan eezza tolong rakam kan dia share la, terubat la sikit. Tapii muka sendiri tak de lah nampak obvious pun, tapi adalah sipi sipi. hahaha
Jadilah kan, yang penting perasaan teruja tu😄

Sebenarnya bukan TV Alhijrah je yang buat liputan exclusive ni, Utusan Malaysia dan Karangkraft pun turut buat liputan khas ni


Professional MUA Amni Kifli sedang memberi pengenalan tentang  dirinya



Haaa nak tahu apa yang diorang interview Dr Maryam masa event Makeup Workshop & English Hi Tea tu?

Jom eezza summarize sikit:

"Mary Jardin ni special sangat sebab ia adalah produk skincare organik dan natural. Permulaan Mary Jardin ni ditubuhkan apabila Malaysia digegarkan dengan produk-produk yang mempunyai bahan bahan kimia yang berbahaya dan terlarang

Mary Jardin ni adalah formulasi sendiri dari Dr Maryam dan dikeluarkan sendiri oleh Mary Jardin sebab kami ada kilang GMP sendiri. Jadi Mary Jardin ni memang unik dan terjamin selamat

Keunikan lagi Mary Jardin ni ialah pada tema nya yang nak hasilkan skincare yang mewah tapi mampu milik (luxurious yet affordable)

Kandungan bahan dalam produk Mary Jardin ni memang natural dan unik nya Mary Jardin menggunakan minyak-minyak yang exotic macam minyak argan, minyak rosehip yg memang mahal di pasaran

Tapi dengan Mary Jardin anda boleh mampu milik dengan harga bawah  RM100

Dan Mary Jardin bakal melancarkan produk terbarunya iaitu natural cosmetic, Mary Jardin Artisan Cosmetic, (#MJAC)

Sebab ramai yang bagi feedback bila dah cuci muka guna skincare bahan natural tapi amat susah nak cari kosmetik yang natural dan mampu milik. Harga jauh lebih murah dari Sephora "


 

Meriah kan, yang bestnya suasana dalam workshop tu santai je, dan sangat enjoy, bertepatan dengan tujuan Dr Maryam yang ingin meraikan wanita wanita. Especially wanita yang sibuk dengan tanggungjawab rumah tangga, anak dan kerjaya hingga tak hargai diri mereka

Jadi aktiviti macam ni dapat bagi suasana yang menarik dan mewujudkan perasaan seronok dalam diri diri masing masing. Dapat rasa balik enjoy macam muda muda dulu, feeling carefree dan fun.hehehe


Memang betul, eezza dah alami, memang seronok sangat. Lupa princess kejab.hihi










Teruja tak nak cuba Mary Jardin Artisan Cosmetic #MJAC?

Tunggu ye, insyaAllah dengan izin Allah Februari nanti launching


Okay lah, eezza minta diri untuk undur diri dulu. 
Terima kasih baca sampai habis entry eezza. Korang memang awesome lah!

Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee
Instagram: eezza.maryjardin

Professional Makeup Artist Workshop With English High Tea

Assalamualaikum beauties yang bahagia,

Amboi tajuk entry, english habis uolls. hehehe

Sebenarnya harini eezza nak cerita pasal Makeup Workshop & English High Tea pada 7 Januari 2018 bertempat di Jardin Royal Transformational Hall

Sebenarnya, ini merupakan makeup workshop pertama eezza pernah hadir seumur hidup tau. Haaa pelik kan? Eezza pon pelik macam mana boleh terjoin sekaki ni. hehehe

Makeup Workshop & Hi Tea ni anjuran dari Mary Jardin sempena pengenalan produk natural cosmetic iaitu Mary Jardin Artisan Cosmetic (MJAC) yang  bakal dilancarkan pada bulan Februari nanti. 

Tazabarrr nya eezza tunggu MJAC ni berada di pasaran

Okay, tujuan workshop ini ialah untuk melatihkan para ejen-ejen untuk mengetahui basic konsep tentang makeup. Kenali apa jenis-jenis product makeup, ketahui cara bagaimana menggunakan makeup supaya tahan lama, cara pakai lipmatte sebenar dan lastly know what is the best concealer to cover dark acne scars

Supaya bila product MJAC dah berada di pasaran, para ejen-ejen dapat memberi the best consultation for the customer, haa gituu

Tak ade lah nanti termanggu manggu nak jawab apa bila customer minta pendapat atau consultation. Bila customer kata

PRIMER tu apa?
CONCEALER tu untuk apa?
CORRECTOR macam mana tu?
FOUNDATION tahan lama?
EYESHADOW letak kat mana?

Terus lajuu macam bertih jagung jawab, sebab semua fungsi setiap produk dah tahu kan.hehe

Okay, seramai 100 peserta yang berdaftar untuk makeup workshop ni. Yang best nya turut hadir memeriahkan majlis ialah celebrity Farah Lee iaitu official MJAC Ambassador tau. Farah Lee seorang yang sangat sporting habis lah

Dann tak lengkap lah kalau kita tak jemput makeup artist kan. Kali ni Dr Maryam jemput khas Professional MUA Amni Kifli sebagai instructor makeup workshop ni tau


Gambar Professional Makeup Artist Malaysia, Amni Kifli


MasyaAllah Kak Amni ni baik dan friendly sangat tau. Dah la cantikk. Dalam kelas dia ajar details steps by steps cara macam mana nak makeup dengan betul

Nak tahu tak cara makeup yang betul?
Jom eezza share dengan korang refer sini, makeup workshop kali ni level basic dulu. Jadi lepas korang dah hebat level ni, boleh dah pergi next level advance pulak

Okay!

Yang membuatkan semua peserta workshop ni teruja ialah kiteorang dapat cuba sample foundation dari Mary Jardin Artisan Cosmetic

MasyaAllah punyalah best tekstur,  eezza yang tak suka foundation ni pon boleh jatuh chentaa tau. Tekstur foundation Mary Jardin ni sangat ringan, senang/mudah di blend dan yang penting full coverage tau

Kak Amni, professional MUA kata, foundation Mary Jardin ni setanding foundation NARS(international brand tu). Wahhh 

Foundation MJAC ni ada dua shades light dan natural. Jadi untuk orang yang kulit tanned( jenis tak gelap,tak cerah sangat) boleh la mix kan dua tona ni hingga dapat tona warna yang sesuai




TIPS MUA: Untuk pemilihan foundation yang betul, korang kena pilih dua tona dari warna kulit kita. Selamat mencuba

Lepas tu bertambah excited nya, eezza dapat cuba satu color sample lipmatte dari MJAC jugak. Ni first time eezza pakai lipmatte. Macam jakun sangat bila apply lipmatte tu di bibir

Sebab lepas oles dibibir, kena bagi dia kering. Barulah cantik je nampak. Hehehe
Lipmatte MJAC ni rasa macam makanan, perisa strawberry macam tu. Lepas tu yang best nya, bila minum tak melekat kat cawan. Dan kawan eezza kata, lipmatte MJAC ni tak kering kan bibir

Memang betul tau, lepas dah tanggalkan makeup, bibir eezza masih rasa moist moist je, tak kering. Waah ni yang buat lagi terujaa nak dapatkan semua shades lipmatte ni. Ade 5 shades bakal keluar


Nak tengok tak hasil kerja peserta workshop lepas guna teknik professional MUA kita ni?
Boleh klik testimoni MJAC untuk menambahkan lagi perasaan teruja anda.hihihi

Lepas dah selesai sesi makeup. Ada sesi bagi hadiah pada Highest Personal Sales 2017 iaitu Iffah Rosman yang memenangi kereta Axia!




MasyaAllah seorang yang sangat hebat dan sangat humble serta berjiwa besar. Semoga Allah murahkan rezeki Iffah dan kite semua tahun 2018. InsyAllah dengan izin Allah tahun 2018, tahun kejayaan

Selepas itu ialah majlis Hi-Tea yang bertemakan english garden. Okay sesi ni memang sesi yang ditunggu tunggu oleh para peserta, sebab pasteries, pie,cookies dan cake dari Mary Farm House seriussss sedap sangat

MasyaAllah nikmat rasa kesedapan cake coklat, cake carrot, pie, lasagna dan cookies nya sangat la sedap. Setiap kunyahan di mulut, terasa betapa rich in flavour dan betapa berkhasiat dengan semua nutrisi yang ada

Istimewanya, Dr Maryam telah pastikan semua hidangan yang disediakan,  dijamin berkhasiat, homemade, halal dan pastinya sedappp. Nyumm nyummm

Nak tengok tak apa yang eezza makan masa english hi tea tu?
Tapi eezza warning awal awal, jangan terliur tau








Amacam terliur tak? Ni antara makanan yang ada tau. Missing gambar lasagna, sherped pie, sandwich,cookies dan macam macam lagi la

Lastly sesi bergambar dengan beauties semua






Okay lah, eezza minta diri untuk undur diri dulu. 
Terima kasih baca sampai habis entry eezza. Korang memang awesome lah!

Jumpa lagi di next entry😊

Salam Kejayaaan 

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
Instagram: eezza.maryjardin

Tuesday 2 January 2018

Natural Skin Care Routine for Acne Prone Skin-YESMJ

Terdapat 4 jenis kulit yang perlu kita ketahui. Kulit jenis kering, berminyak, sensitif dan combinasi

Setiap jenis kulit, cara penjagaannya ternyata berbeza sekali. Namun jika tidak dijaga sebetulnya, akan timbul masalah lain terhadap kulit wajah kita seperti masalah jerawat pasir, kulit berminyak berlebihan, kulit kering hingga mengelupas, penuaan dan ada juga yang berjerawat yang teruk hingga bernanah dan merah

Semua ni dapat diatasi dengan menggunakan produk skin care yang sesuai supaya dapat rawat masalah kulit muka mengikut jenis kulit. Sebaiknya pilih lah natural skin care routine

Alhamdulillah, eezza berkenalan dengan Mary Jardin. Yang uniknya produk tempatan yang ni, tak ada keluarkan typical set yang biasa kita nampak ada pencuci muka, toner dan pelembap

Semua ni kerana founder Mary Jardin sendiri seorang medical doktor, masih muda dan suka kan pada beauty dan kesihatan diri

Eezza mula-mula berkenalan dengan Basic Set Mary Jardin. Satu produk natural skin care routine yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dari combination skin to acne prone skin

Dalam basic set mary jardin ni hanya ada pencuci muka, pelembap dan serbuk derox clay mask

Sangat luar biasa bagi eezza bila jumpa skin care Mary Jardin yang keluarkan sabun 100% susu kambing dengan ramuan istimewa madu dan oats sebagai facial cleanser( pencuci muka)


Facial Soap Mary Jardin


Untuk pelembap, skin care Mary Jardin tiada toner macam biasa di pasaran. Skin care Mary Jardin hanya gunakan face oil ( yang memang unik pada masa tu)


Face Oil Mary Jardin


Dann paling menariknya, ada pula detox clay mask yang berbentuk serbuk. Mask Mary Jardin ni dapat atasi masalah kulit kusam, masalah acne dan untuk prepare kulit supaya dapat serap nutrisi dari face oil dan serum


Detox Clay Mask Mary Jardin


Haaa ketiga-tiga items yang eezza cerita ni memang PARABEN FREE dan PRESERVATIVES FREE !

Yess betul memang tiada pengawet langsung. Sebab itu natural skin care routine Mary Jardin ni memang sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur(of course kalau tiada alergik pada bahan kandungan produknya)

Jadi untuk routine harian, anda hanya perlu cuci muka dengan sabun Mary Jardin dan dap dap face oil sebagai pelembap muka. Lepas tu seminggu sekali vacuum muka dengan detox clay mask

Itu sahaja natural routine skincare yang perlu anda praktis kan. Simple dan mudah kan?

Best ke best guna natural skin care Mary Jardin ni?
Eezza personally rasa best sangat setiap kali guna Mary Jardin, rasa satu level up dari usual skin care routine eezza

Its so amazing, bila guna Mary Jardin face oil ni orang alami kulit berminyak berlebihan jadi kulit muka kurang berminyak

Yang kulit kering sampai mengelupas, bertukar jadi kulit yang lembap

Yang sensitif acne prone skin, boleh dirawat hingga tiada jerawat. Jerawat kecut, parut jerawat jadi pudar dan kulit kusam semalin berseri

Boleh check testimoni mary jardin disini Koleksi Testimoni Mary Jardin

Jika anda berminat nak mencuba natural skin care Mary Jardin ni, anda boleh dapati nya di HQ Mary Jardin atau dengan eezza sendiri (authorised seller Mary Jardin)

Atau  wassap sahaja di link ini Beauty Advisor-Ezza Almi

Terima kasih sudi baca entry eezza kali ni. Jumpa lagi di next entry😊. Jangan lupa klik butang follow Ezza Almi  dan set See First

Salam kejayaan,

Ezza Almi | Eezza |Founder Of Laviee
Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
 
SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
FB : Ezza Almi
FB Page :Laviee
Instagram: eezza.maryjardin