Monday 23 April 2018

Makeup Simple Farah Lee Ala Korea

Harini 23 April 2018 bersamaan 7 Syaaban 1439H. Ini bermakna tinggal 23 hari untuk kita menyambut ramadhan. Lepas tu dah syawal kan?

Haa mesti masing-masing dah pikir siap-siap untuk preparation Syawal Aidilfitri nanti. Warna baju, kasut, tudung, cadar, langsir hingga lah ke makeup kan? hehe


Dann khas untuk raya nanti eezza nak share Makeup Simple Farah Lee Ala KoreaCara Membuat Muka Glowing & Natural Look: Foundation Terbaik Yang Tahan Lama & Bagus semestinya dengan Natural Cosmetic Terbaik Mary Jardin Artisan Cosmetic



Mesti korang tertanya kenapa Farah Lee kan? hehe meh eezza cerita sikit



Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee



FARAH LEE DUTA MARY JARDIN ARTISAN COSMETIC

Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee
Farah Lee bersama founder Mary Jardin, Dr Maryam Aziz

Yess, Farah Lee dah menjadi duta Mary Jardin Artisan Cosmetic awal tahun 2017. Teruja sangat semua ejen ejen Mary Jardin bila tahu berita ni. Seorang wanita yang kuat dan gigih membesarkan seorang puteri nya sendiri, sangat buat eezza kagum dengan Farah Lee 



Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee
Farah Lee di Makeup Workshop anjuran Mary Jardin



MAKEUP SIMPLE FARAH LEE ALA KOREA


Selalu tengok Makeup Farah Lee kat instagram simple dan cantik je kan? Natural look sangat kan. Haa nak tahu macam mana Farah Lee pakai makeup?


Jom kita tengok video ni







Cara Membuat Muka Glowing & Natural Look: Foundation Terbaik Yang Tahan Lama & Bagus

Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee
Makeup Simple Farah Lee Ala Korea

Suka eezza kongsikan sikit tips untuk makeup simple ala artis korea yang tahan lama



  1. Bersihkan muka dengan face soap. Untuk membersihkan muka dari sebarang kotoran di pori-pori
  2. Sray Face Mist Mary Jardin ke muka dan biarkan ia kering sendiri
  3. Sapu Collagen Serum, kemudian Face Oil Mary Jardin ke muka. Tujuan nya untuk mengisi liang pori-pori supaya senang untuk sapu foundation
  4. Picit 1 pump foundation MJAC ke tangan dan sapu dengan sponge atau beauty blender (sponge yang berbentuk macam telur tu adalah paling terbaik). Pastikan sponge itu basah dahulu sebelum digunakan ( boleh basahkan guna air biasa atau face mist)
  5. Mulakan tap dari tengah ke tepi muka, dari hidung ke telinga
  6. Selepas itu, tap dari bawah ke atas. Dari kening ke atas dahi
  7. Kemudian, dari atas ke bawah. Dari bibir ke bawah dagu
  8. Tap kan juga di atas kelopak mata untuk nampak kan muka jadi more awake
  9. Boleh dapkan juga di bibir untuk lipmatte tahan lama
  10. Jika tak ada concealer, boleh pumpkan sikit foundation dan dapkan kat tempat yang masih belum conceal ( contoh mata panda)
  11. Sapu blusher @ lip matte sebagai blusher di pipi
  12. Akhir sekali, guna wide brush bersama translucent powder untuk setkan makeup. Pakai lipmatte yang sesuai dengan anda
  13. Sudahkan dengan spray Face Mist untuk makeup anda tahan lama. Ia seperti kunci pada makeup kita
  14. Siap!
Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee
Dr Maryam Aziz sedang sembur Face Mist Mary Jardin
    JOM tengok TESTIMONI MARYJARDINIAN YANG TELAH CUBA MARY JARDIN ARTISAN COSMETIC NI




    Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor LavieeMakeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee


    Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee

    Makeup Simple Farah Lee Ala Korea | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor Laviee



    InsyaAllah, Jumpa lagi di next entry😊. 


    Jangan lupa klik butang follow FB: Ezza Almi dan set See First untuk perkongsian kecantikan dan tips bisnes

    Untuk jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah. Boleh terus klik sini

    Salam kejayaan,

    Ezza Almi | Eezza
    Founder Of Laviee
    Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
    SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
    FB : Ezza Almi
    FB Page :Laviee
    Instagram: eezza.maryjardin

    Biodata Pengasas Mary Jardin

    Assalamualaikum & hi pencinta semula jadi

    Eezza harap semoga Allah limpahkan rezeki pada semua. Terima kasih pada semua yang membaca blog eezza. Mesti ramai dah pernah dengar, lihat Mary Jardin di radio, televisyen dan juga baca di surat khabar atau majalah

    Jadi entry harini special sikit sebab eezza nak share tentang biodata pengasas produk kecantikan dan kosmetik Mary Jardin ni. Jom baca


    Biodata Pengasas Mary Jardin | mary jardin kelana jaya selangor-laviee



    Biodata Pengasas Mary Jardin

    Nama sebenar beliau ialah Maryam Al-Batul Azizudin atau lebih dikenali sebagai Dr Maryam Aziz merupakan seorang doktor perubatan. 

    Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangaa Malaysia pada 2011 yang memegang MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery).

    Berpengalaman dalam bidang perubatan selama 5 tahun, juga pernah berkeja di Klinik Dermatologi sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan impian nya membuka Mary Jardin

    Beliau sangat mencintai segala hal berkaitan kecantikan semula jadi. Atas sebab rasa bertanggungjawab untuk menghasilkan produk natural dan organik yang selamat dan sangat mesra kulit, maka terhasil lah produk kecantikan semula jadi Mary Jardin

    Pada tahun 2016, bermula dari dapur rumah, beliau bertungkus lumus  untuk menghasilkan formulasi yang terbaik. Alhamdulillah sebelum tahun 2016 melabuhkan tirai, Mary Jardinn telah berjaya mempunnyai kilang GMP sendiri yang dinamakan Mary Jardin Production House


    Berbekalkan tagline "Every Women's Dream", Dr Maryam berazam untuk membantu dan memperkasakan wanita supaya mereka sentiasa berkeyakinan dalam kehidupan mereka

    Dr Maryam juga mempunyai impian agar semua wanita dapat menikmati natural skin care dan kosmetik yang mewah dan mampu milik

    Selain memegang jawatan founder Mary Jardin, beliau juga seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sangat comel. Hobi beliau ialah memasak, berkraft dan baking serta sangat menikmati segala berkaitan dengan rumah dan semula jadi. 

    Dr Maryam bersama suami tersayang


    Mary Jardin adalah satu brand yang produk nya diadun dengan penuh kasih sayang. Harap anda dapat menikmati nya.




    Jumpa lagi di next entry😊. 
    Jangan lupa klik butang follow FB: Ezza Almi dan set See First untuk perkongsian kecantikan dan tips bisnes

    Untuk jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah. Boleh terus klik sini

    Salam kejayaan,

    Ezza Almi | Eezza
    Founder Of Laviee
    Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
    SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
    FB : Ezza Almi
    FB Page :Laviee
    Instagram: eezza.maryjardin

    Monday 16 April 2018

    MJAC Lip Matte Color Review

    Assalamualaikum & Hi semua

    Hehe tak habis habis lagi eezza ni pasal MJAC Lip Matte kan. Mestilaaa lip matte ni sangat trending tau dalam dunia kosmetik kecantikan

    Tapi hati-hati tau, pilih lip matte yang selamat untuk diri kita pada masa hadapan. Jangan pilih cantik tapi derita, pilih cantik yang kekal sentiasa

    Dann anda memang bertuah kerana kini anda boleh miliki lip matte yang natural dari Mary Jardin dengan harga yang sangat berpatutan tau

    Siapa tak nak bibir merah munggil bak merah delima kan?
    Cuma kena ingat bibir yang kering dan hitam akan mencacatkan penampilan kita sekaligus membuat kita kurang berkeyakinan tau

    Jadi jom eezza kongsikan petua terbaik untuk memerahkan bibir yang hitam dan kering secara semula jadi


    1. SKRUB BIBIR

    Yezza hanya skrub bibir anda sekali seminggu dengan gula, anda akan lihat bibir anda akan nampak lebih bermaya dan merah semula jadi

    Secara semula jadinya, dengan skrub bibir anda, segala kulit kering di bibir akan tertanggal secara semula jadi. Tips extra gunakan gula perang untuk dapatkan khasiat lebih dari gula perang


    2. MINUM AIR KOSONG

    Amalkan minum air kosong dengan banyak untuk membantu badan anda kekal hidrasi dan membantu  pengaliran peredaran darah lebih lancar. Secara tak langsung membuatkan muka anda lebih bermaya terutama di bahagian bibir


    3. MADU

    Amalkan sapu madu di bibir selama 10-20 minit, kemudian bilas dengan air suam. InsyaAllah dalam beberapa minggu anda akan lihat bibir anda akan jadi merah semula jadi

    Selain petua semula jadi, anda juga boleh menggunakan produk kosmetik khas untuk bibir untuk memerahkan bibir anda contohnya lipstick, lip tint dan juga lip matte

    Paling 'in trend' ialah lip matte tau. Tesktur nya yang tak berkilat, tahan lebih lama dan 'smooth' pilihan trending masa kini. Bibir anda akan nampak lebih natural kerana teksturnya yang tidak berkilat itu

    Dann eezza tak sabar nak share dengan anda semua warna warna lip matte yang bakal dilancarkan nanti oleh Mary Jardin Artisan Cosmetic ni

    So jom eezza share sikit lip matte color swatchea & review by Dr Maryam 
    Haa terujaa tak? Hehe





    MARY JARDIN ARTISAN COSMETIC (MJAC) LIP MATTE COLOR REVIEW 


    Macam eezza  pernah cerita sebelum ni jumlah semuanya ada 10 warna lip matte. Cuma kadang kadang bila kita tengok gambar warna nya mungkin beza dengan warna sebenar kan

    Kerana kepekatan warna di dalam botol berbeza berbanding kita pakai dibibir. Jadi special untuk anda semua Dr Maryam berbesar hati untuk buat swatch review MJAC Lip Matte ni 


    QMJAC Lip Matte Color Review | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor - Laviee




    Dann ini code setiap lip matte secara close up


    MJAC Lip Matte Color Review | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor - Laviee

    MJAC Lip Matte Color Review | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor - Laviee

    MJAC Lip Matte Color Review | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor - Laviee

    Okay, mesti ramai tertanya tanya macam mana nak pilih warna lip matte ikut warna kulit Asia ni? Ada yang putih, kuning langsat dan ada juga yang sawo matang

    Haa jom eezza share sikit tips memilih warna yang betul mengikut warna kulit anda supaya penampilan anda nampak lebih berseri dan manis saja



    1. Kulit Putih


    Anda sangat beruntung, kerana anda boleh pilih pelbagai warna yang boleh anda padankan mengikut mood anda. Dari warna nude, coklat muda, peacch hingga ke merah terang

    Cuma untuk anda si kulit putih nampak manis dan fresh pilih warna yang lebih cerah seperti peach, pink, coklat dan oren

    Jaga-jaga ada yang mengatakan jika si kulit putih memakai warna yang lebih gelap, anda akan nampak lebih matang dari usia. Apa - apa pun pilihan di tangan anda, janji anda berkeyakinan semasa memakai nya


    2. Kulit Kuning Langsat


    Kebanyakkan wanita wanita Asia memiliki warna jenis kuning langsat. Warna lip matte yang sesuai dengan anda ialah warna peach, soft pink, merah cili, merah maroon

    Elakkan memakai warna nude kerana warna ini akan membuatkan anda nampak pucat dan kusam


    3. Kulit Sawo Matang


    Untuk anda yang memiliki kulit jenis sawo matang, anda disarankan memakai warna yang lebih gelap seperti  merah gelap, merah maroon, merah coklat.

    Elakkan memakai warna yang cerah seperti oren dan pink. Ia akan menampakkan anda kusam dan pucat. Tak berseri!



    Eezza harap anda semua tidak lagi dilemma nak pilih warna lip matte mengikut jenis kulit anda. Itu saja perkongsian eezza untuk MJAC Lip Matte Color Review


    KENAPA ANDA HARUS DAPATKAN LIP MATTE MARY JARDIN HARI INI UNTUK BIBIR ANDA?



    1. Tidak Mengeringkan Bibir


    Uniknya lip matte Mary Jardin ni, ianya tidak mengeringkan bibir kerana didalam nya terdapat dua jenis minyak essential iaitu Argan Oil dan Rose Flower Oil. Kedua-dua jenis minyak ini sangat terkenal dengan fungsi melembapkan bibir.

    Dengan ada nya dua bahan ini, bibir anda tidak akan kering semasa dan selepas memakai Lip Matte MJAC ini



    2. Bebas Plumbum


    Plumbum boleh membuatkan lip matte tahan lebih lama dan kalis air. Tapi tahukah anda sebenarnya ia adalah sejenis toksin yang memudaratkan  kesihatan untuk jangka masa panjang

    Dan lip matte Mary Jardin adalah bebas bahan plumbum, jadi ianya mudah "wipe off" sesuai untuk kita orang muslim kerana senang ditanggalkan untuk solat


    3. Tidak Menghitamkan Bibir


    Special nya lip matte mary jardin ni terdapat Vitamin E yang boleh membantu mengurangkan pigmentasi dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap

    Untuk keunikan lebih tentang Lip Matte Mary Jardin, anda boleh klik sini

    MJAC Lip Matte Color Review | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor - Laviee


    Jadi eezza seru pada semua jom sama-sama memeriahkan  Majlis Pelancaran  
    Lip Matte di KLCC pada 21 April 2018  nanti

    Dan untuk anda yang ingin mencuba Lip Matte MJAC ni, anda boleh join order dengan eezza untuk dapatkan harga yang lebih berbaloi. Klik sini untuk join order dengan eezza okay.


    Jumpa lagi di next entry😊. 
    Jangan lupa klik butang follow FB: Ezza Almi dan set See First untuk perkongsian kecantikan dan tips bisnes

    Untuk jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah. Boleh terus klik sini

    Salam kejayaan,

    Ezza Almi | Eezza
    Founder Of Laviee
    Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
    SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
    FB : Ezza Almi
    FB Page :Laviee
    Instagram: eezza.maryjardin







    Testimoni Serum Untuk Jerawat

    Assalamualaikum & Hi semua

    Eezza harap semua nya sihat sejahtera. Sebenarnya harini eezza nak kongsi pengalaman eezza memakai serum dari Mary Jardin ni untuk jerawat dan parut jerawat

    Sebenarnya jerawat di memang perkara biasa untuk perempuan kan?
    Yela salah satu faktor jerawat naik ni ialah sebab HORMON. Aduss memang kita sebagai perempuan memang tak akan lari dengan hormon ni

    Bila stress hormon akan jadi ting tong lepas tu jerawat pon naik
    Bila tunggu hari Miss P (datang bulan) pon sama hormon ting tong maka jerawat pon muncul la dengan jaya nya.huhu

    Kalau dulu misi lawan jerawat ni memang misi utama eezaa la. Macam macam cara eezza buat untuk kecut kan jerawat. Oh ya eezza pun memang sentiasa pakai skincare hari hari. Dari brand yang ada di farmasi sampai la yang brand mahal semua eezza pakai

    Kulit muka eezza ni memang dari dulu jenis KULIT KOMBINASI. Bahagian T-zone tu berminyak sangat terutama bila baru bangun tidur dan bila waktu biasa, kadar masa kulit nak bertukar jadi berminyak tu sangat cepat. Walaupon baru beberapa jam cuci muka

    Semua maklum, kalau jenis berminyak ni mudah naik jerawat sebab pori pori tersumbat dengan minyak di muka tu

    Bila dah meningkat usia ni dan banyak membaca, alhamdulillah timbul kesedaran nak cuba produk skin care yang organik dan natural. Tapi ingat walaupon ianya natural tak semestinya ianya sesuai dan serasi dengan muka kita

    Sebab Allah jadikan kita sangat unik. Jadi jangan pernah putus asa untuk mencari produk skin care yang sesuai untuk anda

    Untuk eezza alhamdulillah dah selesai. Allah temukan jodoh eezza dengan produk skin care natural dan organik buatan Doktor Perubatan Muslimah  dari Malaysia iaitu Mary Jardin

    Alhamdulillah eezza dah menggunakan Mary Jardin ni sejak July 2017 lagi hingga kini. Banyak sangat perubahan eezza dah alami dan lihat sendiri dengan mata eezza ni


    Testimoni Serum Mary Jardin Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat & Berkesan


    Eezza pernah share testimoni memakai set basic set sebelum ni. In case anda belum baca boleh klik sini 

    Dan harini khas eezza nak share testimoni tentang Collagen Serum Mary Jardin

    Collagen Serum Mary Jardin ni unik sikit dari tiga beradik ( facial soap, face oil dan detox clay mask) sebab ianya water based

    Jadi jika sesuatu produk water based, memang wajib letak pengawet. Berbanding produk water based tapi tiada pengawet kerana kadar bakteria akan membiak di dalam produk adalah sangat tinggi

    Dan jangan risau, Collagen Serum Mary Jardin ni guna pengawet yang paling selamat untuk muka kita iaitu sodium hyaluronate

    Okay yang best nya collagen serum mary jardin ni sebab ianya mampu melindungi, merawat dan menganjalkan kulit kita dari radikal bebas

    Selain itu, collagen serum juga dapat memudarkan parut di muka kita. Ada setengah orang bila naik jerawat, bekas jerawat akan jadi hitam kan? Eezza la tu

    Bila jadi hitam, aduss mula la segan nak jumpa orang sebab ada cela di muka. Dan memang susah dan degil parut ni nak pudar dengan sendiri sebab kadaar kolagen di muka pun dah munurun atas faktor usia. Dan harini eezza fokus pada  cara terbaik hilangkan parut jerawat dengan cepat & berkesan untuk kulit berminyak

    Okay jadi macam mana collagen serum ni dapat memudarkan parut?

    Antara bahan yang boleh bantu pudarkan parut ialah Arbutin, Licorise Root Extract, Green Tea Extract dan Vitamin C


    Testimoni Serum Untuk Jerawat | Mary Jardin Kelana Jaya Selangor-Laviee
    Kandungan Collagen Serum Mary Jardin


    Jom eezza share fungsi setiap satu. Arbutin ni ialah agen pencerah semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan. Ianya sangat bagus dan berkesan untuk memudarkan jeragat dan parut yang ada di muka kita. Tahu kah anda arbutin ni adalah  agen pencerah yang diiktiraf oleh aestetician

    Bahan yang lain yang membantu memudarkan jeragat ialah Licorise Root Extract, Green Tea Extract dan Vitamin C. Semua bahan bahan ini dapat menjadikan tona kulit sekata dan mencerahkan kulit. Maka hasilnya kulit anda akan jadi cerah dan tona lebih sekata terutamanya di bahagian parut

    Oh ya tadi eezza cerita kulit eezza jenis berminyak kan?

    Alhamdulillah sekarang kadar minyak terhasil dalam keadaan terkawal. Eezza amalkan pemakaian basic set setiap hari. Simple saja rutin harian eezza.  Sesuai untuk mak mak yang anak ramai dan ingin tampil cantik juga

    Eezza kongsi kan sedikit rutin harian eezza dengan basic set Mary Jardin ni.
    Dalam basic set Mary Jardin ni ada Facial Soap (sabun muka), Face Oil (pelembap) dan Detox Clay Mask(masker tanah liat)


    1. Setiap hari eezza akan cuci muka 2x sehari (pagi dan malam) sebab kulit eezza jenis berminyak
    2. Kemudian eezza akan guna face oil, 2 titik saja untuk setiap kali pakai ( bergantung pada keperluan)
    3. Seminggu sekali eezza akan pakai masker Detox Clay Mask untuk buang minyak berlebihan dan cuci kotoran jauh ke dalam liang pori pori
    4. Tambahan. Setiap malam, eezza akan pakai Collagen Serum untuk merawat dan membaiki kulit muka eezza seperti memudarkan parut jerawat

    Itu saja rutin harian dan mingguan eezza. Simple dan mudah kan?
    Yang penting ianya produk kecantikan yang halal, selamat dan berkesan serta mampu milik

    Okay itu saja sharing eezza untuk TESTIMONI SERUM UNTUK JERAWAT kali ni. InsyaAllah, Jumpa lagi di next entry😊. 


    Jangan lupa klik butang follow FB: Ezza Almi dan set See First untuk perkongsian kecantikan dan tips bisnes

    Untuk jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah. Boleh terus klik sini

    Salam kejayaan,

    Ezza Almi | Eezza
    Founder Of Laviee
    Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
    SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
    FB : Ezza Almi
    FB Page :Laviee
    Instagram: eezza.maryjardin









    Sunday 8 April 2018

    MJ Lip Matte Launch Event

    Assaalamualaikum & Hi semua

    Ingat lagi post yang lepas? eezza share tentang Majlis Pelancaran Mary Jardin Artisan Cosmetic kan yang memperkenalkan BB Cushion dan Foundation.


    Haaa kali ni, eezza nak share pula berita tentang Lip Matte dari Mary Jardin pula

    Excited tak??? hehe



    MJ Lip Matte Launch Event

    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Artisan Cosmetic Lip Matte akan launch pada 21 April 2018


    InsyaAllah, MJ Lip Matte Launch Event yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 21 April nanti di 25th International Franchise Exibition & Conference Malaysia 2018 (FIM 2018)

    Wah wah wah, event yang sangat GRAND & PRESTIGE tu.


    Teruja dan tak sabar semua para Mary Jardin Agent untuk turut serta memeriahkan Majlis Pelancaran Lip Matte pula


    Okay apa yang best Lip Matte Mary Jardin ni berbanding lip matte brand lain seperti Nyx, Maybelline dan yang lain?



    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Artisan Cosmetic Lip Matte features

    Pertama sebab bahan yang digunakan memang natural, bebas bahan kimia berbahaya yang toksik kepada badan untuk masa panjang


    Lip matte mary jardin ni ada mempunyai collagen tau. Haa siapa suka bibir nampak macam Angelina Jolie, wajib grab Lip Matte Mary Jardin ni


    Lip Matte Artisan Cosmetic ni matte finishing tau. Lepas apply di bibir ia akan kering di bibir. Tapi ia sangat tak mengeringkan bibir anda yang munggil tu


    Dan nak tahu apa lagi best?

    Lip Matte Artisan Cosmetic by Mary Jardin ni ada Vitamin E, Argan Oil, Jojoba Oil dan Collagen supaya si pemakai rasa selesa memakai untuk waktu yang panjang


    Okay part yang paling teruja ialah pemilihan color lip matte ni. hehe

    Tadaaa ada SEPULUH warna lip MJ Lip Matte ni khas sempena launching di KLCC nanti tau. Dari nude, to coral to pop color semua ada. Rambang mata nak pilih


    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    10 Artisan Cosmetic Lip Matte Color To Get Crazy



    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Artisan Cosmetic Lip Matte Color Range From Nude to Pop

    Untuk lebih jelas warna warna lip matte ni boleh tengok swatch di tangan ni


    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Lip Matte code from 01 - 04



    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Lip Matte color code from 05-08



    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Lip Matte color code from 09-10


    Eezza dah booking siap siap color code 5 tu. Hopefully just nice for my skin. *Love love*

    Dannn anda semua mesti nak tahu HARGA dia kan?


    Special Price untuk launching di KLCC sebatang lip matte ini akan dijual sebatang lip matte RM70(*exclude GST-HQ tanggung hanya semasa launch event)


    Tunggu jab, ada lagi berita baik ni


    kalau anda beli secara KOMBO/PUKAL anda akan dapat harga jauh lebih murah untuk sebatang lip matte yang natural

    Jika anda beli 

    5 batang lip matte = RM 320
    10 batang lip matte = RM 620

    Jadi cepat cepat cari sepupu sepapat ke, kawan kawan baik ke untuk join sekali beli lip matte ni. Nak minta eezza jadi personal shopper pun boleh tau. Klik saja sini untuk order lip matte tu : Order Lip Matte Artisan Cosmetic



    Nak tahu lagi tak apa yang best?


    Sempena MJ Lip Matte launch event ni, Mary Jardin buka pre-order Artisan Cosmetic Foundation & BB Cushion

    Kali ni ada 4 shades yang anda boleh pilih. Yeayyyyy!



    Pre-Order Mary Jardin Artisan Cosmetic BB Cushion & Foundation  Open NOW!

    Cepat dapatkan warna yang sesuai untuk anda
    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    4 color shades for Artisan Cosmetic Foundation



    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    4 shades for BB Cushion


    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Didatangkan khas dalam kotak exclusive gold black

    Tips Best Makeup Natural & Simple Untuk Bibir Hitam & Kering 



    1. Spray kan Face Mist Mary Jardin ke muka
    2. Sapu Collagen Serum Mary Jardin ke seluruh muka
    3. Sapu Face Oil Mary Jardin ke seluruh muka dan bibir untuk kelembapan
    4. Calitkan foundation ke muka. Kemudian ratakan foundation dengan beauty blender sehingga rata ke muka. Jangan takut nak blend banyak kali
    5. Ratakan juga foundation ke bibir anda (*ini adalah tips untuk buat bibir hitam nampak cantik bila memakai lip matte nanti)
    6. Kemudian untuk dewy look anda boleh spraykan Face Mist sekali lagi (*ini adalah tips untuk elak makeup anda crack sepanjang hari)
    7. Untuk finishing matte, anda boleh oleskan sikit loose powder ke muka anda
    8. Selepas itu, oleskan lip matte atau lipstick kegemaran anda. Untuk eezza semestinya lip matte Artisan Cosmetic Mary Jardin(*yang dapat free masa workshop)
    9. Siap!



    BONUS TIPS PAKAI LIP MATTE DENGAN MJ

    by FB Tanuja Khan

    1. Masa pakai serum di muka, sapu sikit di bibir. Serum MJ kan ada salmon collagen jadi dia akan buat bibir jadi full dan kurangkan garis2 halus.


    2. Masa apply face oil di muka pun sapu sikit kat bibir. 


    3. Sapu lip butter MJ.


    4. Apply lipmatte.


    You're good to go!


    Pastikan lipmatte tu bebas daripada bahan kimia berbahaya ya. Yela kan nak makan ke minum ke termasuk sekali dalam mulut. Tak ke naya kalau ada bahan kimia yang bahaya dalam tu.



    HASIL MAKEUP LOOK MARY JARDIN ARTISAN COSMETIC 


    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Model using Natural Code 04 
    MJ Lip Matte Launch Event- Mary Jardin Artisan Cosmetic Kelana Jaya
    Model using Light Code 01-02





    Jumpa lagi di next entry😊. 
    Jangan lupa klik butang follow FB: Ezza Almi dan set See First untuk perkongsian kecantikan dan tips bisnes

    Untuk jana pendapatan pasif online dengan bisnes tanpa modal dan patuh syariah. Boleh terus klik sini

    Salam kejayaan,

    Ezza Almi | Eezza
    Founder Of Laviee
    Mary Jardin Kelana Jaya | Selangor
    SMS | Whatsapp | Telegram : 013 408 3597
    FB : Ezza Almi
    FB Page :Laviee
    Instagram: eezza.maryjardin